Thursday, July 30, 2015

26dec14

Time flies so fast,

Oct 2014,
Perancangn utk menyatukan 2 hati d'p'cptkan
Tanpa perbincangan yg panjang..
Jun➡️ Mei ➡️ Jan ➡️ Dec
Dengan izin Allah segala persiapan dipermudahkan..
Abg2 aku byk membantu dan menyokong ak..thx to them
Dalam tempoh 2 bulan,
Kami settlekan dokumen2 berkaitan dan beli cincin
Prosedur di kelantan sgt la senng..
Siapkn dokumen dan selebihnye tok imam uruskan

Pejam celik pejam celik

December dtg..
Aku menghitung hari..saat akan diijab kabul
Tiada majlis besar-besaran
Perancangannya majlis untuk keluarga, saudara dan jiran terdekat shja

Takdir Allah,
Seminggu sblm tarikh yg ditetapkan kelantan dilanda banjir
Banjir yg besar..
Perasaan tu, Tuhan je tahu
Tiap2 hari doa supaya dipermudahkan segala urusan
Lihat dgn mata kasar, org akn ckp
Majlis xakan berjalan
Saudara2 pn mula bersuara minta ditangguhkan
Tp hati tetap menaruh harapan 

Namun,
Dugaan menimpa, 3 ari sebelum mjlis
Abah dan adik aku dilanda kecelakaan
Mereka terkandas di terengganu, kereta yg dinaiki hanyut 
Keadaan abah ak yg sedia sakit makin teruk
Hati aku merintih..
Dugaan dtg satu per satu
2 hari sebelum, jalan yg menghubungkan utara ke kelantan runtuh 
Abg2 dan kak ipar xdpt pulang
Harapan dorang untuk hadir saat aku diijab kabul terkandas..

Dugaan dtg lg bila jambatan sultan yahya terpaksa ditutup akibat bnjir
Keadaan berlaku dgn pantas
Semua org terkandas
Saudara dan fmly WMA xdpt hadir

WMA blk shari sblm dgn flight pagi
Ptg itu jmbtn ditutup
Hanya dea seorang
Aku agak ini pengalaman yg xdpt dilupakan

Dgn semua talian terputus, xdpt inform org luar or dlm keadaan semasa

Terlalu byk dugaan terjadi..terlalu pnjg utk ak cerita satu per satu
Satu2 nya wali aku, terpksa ditahan di wad
Kemudian dgn keadaan sakit yg amat, dea discharge sejam sebelum majlis untuk mewalikan aku
WMA terpksa hadir seorg diri tanpa ditemAni sesiapa 
Aku mula bersiap utk ke masjid stengah jam sebelum
Tanpa secalit makeup
Tanpa jurukamera yang merakam saat2 manis diijab kabul

Namun,
Jika Allah da tetapkan jodoh kita, macam mana dugaan melanda..
Ia akn tetap berjalan
Alhamdulillah dgn sekali lafaz
Aku dgn rasminye menjadi isteri WMA dgn keadaan yg serba sederhana
Keadaan sayu dipihak WMA sendiri, menghadirkan diri alone bukan suatu yg mudah
Aku yakin rmai lelaki diluar sane xmmpu buat

Belum ckup satu hari aku berada dirumah sbgai isteri 
Ak terpaksa menjalankan tugas demi membantu mangsa banjir 

Aku satu2 nye pharmacist yg dpt dihubungi dan diperlukan di tempat2 perlindungan mangsa bnjir..
Dengan inai merah dijari, aku berkejaran mencari ubat disebabkan laluan ke klinik aku terpaksa ditutup

Keadaan agk huru hara..bekalan elektrik dan air terputus di kebanyakkan tempat

Keadaan abah yg semakin teruk..luka2 makin merebak
Aku dan abang bergilir2  melakukan dressing
Alhamdulillah WMA memahami keadaan aku
Dea berada disamping aku sehingga keadaan kembali reda
Berulang alik menghantar aku ke tempat kerja 
Saat yg memenatkan tapi indah bila dipikirkan kembali..

Kenangan yg xsemua orang alami

Semoga dugaan tersebut dpt dijadikan pengajaran pd kami semua
Allah sentiasa ada

Nikmat yg Allah bagi untuk kami terlalu byk utk dihitungkan kembali

I love Allah
I love Rasul
I love my husband
I love my family

Terlalu byk dugaan utk kami disatu2kan,
Secara peribadi terlalu rugi utk disia2kan
Pe yg tetapkan oleh Allah adalah yg terbaik

Semoga dugaan yang melanda kami suami isteri menjadikAn kami lebih kuat dan tabah untuk masa akan dtg


No comments:

Post a Comment